Pemandu Alphard belasah lelaki, rosakkan kereta

AMPANG JAYA – Seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun ditahan kerana telah melakukan kekasaran terhadap pemandu kenderaan yang lain di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, suspek yang bekerja sebagai pemandu peribadi itu telah ditahan di Jalan Kampung Melayu Tambahan, Ampang kira-kira jam 10.00 malam pada hari yang sama laporan diterima.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila suspek yang memandu Toyota Alphard telah berhenti secara mengejut lalu beralih ke lorong lain di plaza tol.

“Mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 47 tahun yang memandu di belakang kereta suspek telah menunjukkan isyarat tangan kerana terkejut dengan cara pemanduan suspek yang berbahaya.

“Suspek tidak berpuas hati telah turun dari kenderaannya lalu mengetuk cermin kereta dan marah-marah sebelum bertindak menyepak pintu kanan kereta dan memukul mangsa,” katanya.

Disebabkan kejadian itu, mangsa cedera selepas muka sebelah kanan bengkak dan berdarah serta keretanya rosak dan mengalami kerugian lebih kurang RM2,000.

Pemeriksaan rawatan di Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami hematoma di mata kanan.

“Hasil semakan mendapati mangsa negatif dadah tetapi mempunyai tujuh rekod lampau tidak dikehendaki.

“Kes akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang secara sengaja dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” tambahnya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI