Pendedahan awal haji bentuk generasi celik agama sejak kecil – Exco

PARIT – Pendedahan awal mengenai rukun Islam kelima perlu diterapkan sejak dari kecil bagi membentuk kefahaman dan memasang impian untuk menunaikan ibadah haji dalam kalangan generasi muda.

Sehubungan itu, Program Kecemerlangan Pendidikan Simulasi Haji Gen Alpha Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Parit dilaksanakan bagi memberi pengalaman pembelajaran secara langsung kepada kanak-kanak di bawah usia enam tahun.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, program tersebut turut mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang hadir bersama anak masing-masing.

Menurutnya, seramai 400 peserta berusia di bawah enam tahun daripada 30 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) KEMAS di daerah Perak Tengah menyertai program berkenaan.

“Seperti kita sedia maklum, tujuan utamanya adalah untuk kita memberi pendedahan awal kepada anak-anak kita tentang asas rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan fardu haji,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program berkenaan di Masjid Sultan Yussuf Izuddin Shah di sini hari ini.

Pendedahan awal haji bentuk generasi celik agama sejak kecil
Antara peserta cilik yang menyertai Program Kecemerlangan Pendidikan Simulasi Haji Generasi Alpha Peringkat KEMAS Parlimen Parit Tahun 2026 di Masjid Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Seri Iskandar, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 JUN 2026.

Hadir sama, Pengarah KEMAS Perak, Darmawati Dahalan; Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria dan Pegawai Khas Menteri Besar Perak Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota, Sarah Syazwani Saari.

Khairudin berkata, kerjasama bersama dengan kerjasama Andalusia Travel and Tour (Andalusia) membolehkan peserta mengikuti simulasi berkenaan melalui bimbingan tenaga pengajar yang berperanan sebagai pemudah cara sepanjang program berlangsung.

“Dengan ada kaedah ini, mungkin memberi satu rangsangan motivasi kepada ibu dan ayah supaya mendaftarkan anak-anak ini lebih awal dalam akaun Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai proses jangka panjang.

“Di samping itu, program ini juga memberi ruang dan peluang kepada pihak Andalusia dan juga KEMAS untuk menjadikan elemen bahawa pengetahuan dalam bidang agama ini perlu dimulakan daripada generasi bawah, bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Pendedahan awal haji bentuk generasi celik agama sejak kecil
Antara peserta cilik yang menyertai Program Kecemerlangan Pendidikan Simulasi Haji Generasi Alpha Peringkat KEMAS Parlimen Parit Tahun 2026 di Masjid Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Seri Iskandar, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 JUN 2026.

“Hari ini mereka mendapat secara direct ataupun hands-on (terus) perkara-perkara wajib atau rukun-rukun wajib haji yang perlu dilaksanakan oleh seorang umat Islam,” jelasnya.

Mengulas sama ada program itu merupakan acara tahunan, beliau menjelaskan ia adalah inisiatif Pejabat KEMAS Daerah Perak Tengah yang dicetuskan hasil perbincangan bersama sebelum ini.

“Ini adalah satu alternatif dan kaedah yang dipraktikkan oleh Pejabat KEMAS daerah untuk mempromosikan bahawa ibadah haji yang perlu menjadi salah satu tuntutan kepada anak-anak kita pada masa akan datang,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mega Little Hajj 2025 libat 12,000 peserta cilik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI