Pengaruh Ustaz Yusri lakar kemenangan BN di Ayer Kuning

KEMENANGAN calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bukan sekadar manifestasi kekuatan jentera Kerajaan Perpaduan antara BN dan Pakatan Harapan (PH), malah turut membuktikan keberkesanan pendekatan kempen yang dekat di hati rakyat

Sejak hari pertama berkempen usai penamaan calon pada 12 April lalu, Mohamad Yusri tampil sebagai sebahagian daripada komuniti Ayer Kuning yang cukup mesra dipanggil ‘Ustaz Yusri’.

Latar belakangnya yang pernah berkhidmat selama 15 tahun sebagai guru di dua sekolah iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Tandewa Sakti Tapah dan SK Batu Tiga Temoh, di tambah pula, hubungan akrab keluarganya dengan masyarakat menjadikan beliau dikenali luas dan dihormati.

Pengaruh Ustaz Yusri di Ayer Kuning Kemenangan Ustaz Yusri PRK Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2024 Ceramah berkelompok BN PH Manifesto Ayer Kuning Sejahtera Bersama Pendekatan kempen Ustaz Yusri Naratif kempen BN PRK Ayer Kuning Kempen Abd Muhaimin Malek PN Isu ladang babi Perak Kempen PSM Bawani KS Majoriti kemenangan BN PRK Ayer Kuning
Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Kurong Dalam, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 APRIL 2025.

Mengharungi tempoh berkempen dua minggu, salah satu strategi jentera Kerajaan Perpaduan BN-PH yang diketuai Pengarah Pilihan Raya yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad adalah melalui pendekatan ceramah berkelompok.

Walaupun menyasarkan kumpulan pengundi yang lebih kecil di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM), namun ia dilihat lebih efektif mempengaruhi dan menarik minat pengunundi daripada sudut komunikasi dan psikologi.

Hasil pemerhatian, Ustaz Yusri akan menggunakan setiap ruang pada siri jelajah ceramah berkelompok bagi menerangkan visi dan misi beliau untuk penduduk di Ayer Kuning melalui tujuh tawaran yang digariskan dalam Manifesto ‘Ayer Kuning Sejahtera Bersama’.

Pengaruh Ustaz Yusri di Ayer Kuning Kemenangan Ustaz Yusri PRK Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2024 Ceramah berkelompok BN PH Manifesto Ayer Kuning Sejahtera Bersama Pendekatan kempen Ustaz Yusri Naratif kempen BN PRK Ayer Kuning Kempen Abd Muhaimin Malek PN Isu ladang babi Perak Kempen PSM Bawani KS Majoriti kemenangan BN PRK Ayer Kuning
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri menyampaikan ucapan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Petalin Baru, Bidor, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2025.

Walaupun tempoh masa ceramah berkelompok hanya singkat, namun beliau memanfaatkan sepenuhnya untuk menyantuni pengundi di samping mendengar setiap permasalahan dan harapan mereka buat kawasan DUN berkenaan.

Selain nama arwah bapanya yang cukup dikenali sebagai guru agama, personaliti Ustaz Yusri yang merendah diri dan mesra kepada semua golongan, memperlihatkan beliau bukan sahaja boleh menjadi wakil rakyat, tetapi juga seorang pendengar kepada denyut nadi masyarakat.

Pengaruh Ustaz Yusri di Ayer Kuning Kemenangan Ustaz Yusri PRK Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2024 Ceramah berkelompok BN PH Manifesto Ayer Kuning Sejahtera Bersama Pendekatan kempen Ustaz Yusri Naratif kempen BN PRK Ayer Kuning Kempen Abd Muhaimin Malek PN Isu ladang babi Perak Kempen PSM Bawani KS Majoriti kemenangan BN PRK Ayer Kuning
Wakil rakyat baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri menyantuni masyarakat cina selepas memenangi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning semalam di pekan Air Kuning, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 APRIL 2025.

Di samping itu, naratif Ustaz Yusri dan jentera BN-PH yang tidak terlalu menyerang pihak lawan juga antara faktor penarik pengundi daripada pelbagai latar belakang kaum untuk memberikan sokongan kepada calon BN pada PRK DUN Ayer Kuning.

Ia boleh dilihat pada siri kempen termasuk melalui lawatan rumah ke rumah, dan di kawasan tumpuan umum seperti di pasar dan kedai makan, kehadiran Ustaz Yusri disambut baik sama ada daripada pengundi Melayu, malah juga menerima reaksi sama daripada pengundi Cina, India dan Orang Asli.

Pendekatan calon lawan: Fokus isu nasional, hilang sentuhan tempatan

Berbeza dengan pendekatan BN, Perikatan Nasional (PN) dan calonnya, Abd Muhaimin Malek dilihat lebih banyak terarah kepada isu-isu nasional dalam setiap siri kempen.

Misalnya dalam siri ceramah mega yang dianjurkan, jentera dan figura-figura politik PN lebih membawa isu seperti dalam soal ekonomi negara, kos sara hidup, dan naratif polemik politik di peringkat pusat.

Pengaruh Ustaz Yusri di Ayer Kuning Kemenangan Ustaz Yusri PRK Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2024 Ceramah berkelompok BN PH Manifesto Ayer Kuning Sejahtera Bersama Pendekatan kempen Ustaz Yusri Naratif kempen BN PRK Ayer Kuning Kempen Abd Muhaimin Malek PN Isu ladang babi Perak Kempen PSM Bawani KS Majoriti kemenangan BN PRK Ayer Kuning
Calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek berucap pada Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Taman Golf Bidor, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 APRIL 2025.

Selain itu, PN juga cuba membawa naratif isu ladang babi pada pertengahan tempoh berkempen, walaupun ia telah dijawab secara rasmi dan jelas oleh Kerajaan Negeri Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia memperlihatkan isu itu kurang memberikan impak besar kepada pengundi di DUN Ayer Kuning yang lebih mengutamakan penyelesaian terhadap isu-isu setempat berbanding permainan persepsi nasional.

Pengaruh Ustaz Yusri di Ayer Kuning Kemenangan Ustaz Yusri PRK Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2024 Ceramah berkelompok BN PH Manifesto Ayer Kuning Sejahtera Bersama Pendekatan kempen Ustaz Yusri Naratif kempen BN PRK Ayer Kuning Kempen Abd Muhaimin Malek PN Isu ladang babi Perak Kempen PSM Bawani KS Majoriti kemenangan BN PRK Ayer Kuning
Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS bersama jentera kempennya memegang sepanduk dan bendera ketika membuat ‘flashmob’ pada hari terakhir berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 APRIL 2025.

Sementara Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS pula menjalankan kempen yang menyentuh kepada soal seperti kemudahan asas, pembangunan seimbang, peluang pekerjaan serta rumah mampu milik.

Walaupun pendekatan kempen melalui kaedah rumah ke rumah, siri ceramah, dan kempen melalui kaedah ‘flash mob’ dilihat konsisten, namun ia masih sukar menembusi dan menarik sokongan akar umbi di Ayer Kuning secara majoriti, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu.

Ustaz Yusri tampilkan diri sebagai wajah Ayer Kuning

Tiada yang dapat menafikan salah satu kunci utama kemenangan BN melalui Ustaz Yusri dalam saingan di PRK DUN Ayer Kuning hasil reputasi yang telah dibina sekian lama dalam kalangan komuniti setempat.

Walaupun ketiga-tiga parti menggunakan kaedah kempen hampir sama, termasuk melalui media sosial namun pengaruh Ustaz Yusri yang sudah berakar di Ayer Kuning memperlihatkan beliau bukan hanya sebagai calon pilihan raya, malah sebagai calon ‘anak kampung’ yang berkesan.

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri menyantuni penduduk setempat ketika tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Petalin Baru, Bidor, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2025.
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri menyantuni orang ramai pada Majlis Jamuan Aidilfitri KRT, JPKK, Komuniti Madani Tapah Road di Dewan Serbaguna Taman Indah, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 APRIL 2025.

Masyarakat setempat, termasuk generasi muda, mengenali Ustaz Yusri secara peribadi atau melalui keluarganya dan ini secara tidak langsung mewujudkan hubungan psikologi yang sukar disaingi calon lain khususnya yang baru hendak membina nama di kawasan DUN tersebut.

Pada saingan PRK DUN Ayer Kuning pada Sabtu lalu membuktikan sentimen bersifat akar umbi memihak kepada calon yang paling hampir dan memahami realiti kehidupan pengundi di situ.

Pengaruh Ustaz Yusri di Ayer Kuning Kemenangan Ustaz Yusri PRK Ayer Kuning PRK DUN Ayer Kuning 2024 Ceramah berkelompok BN PH Manifesto Ayer Kuning Sejahtera Bersama Pendekatan kempen Ustaz Yusri Naratif kempen BN PRK Ayer Kuning Kempen Abd Muhaimin Malek PN Isu ladang babi Perak Kempen PSM Bawani KS Majoriti kemenangan BN PRK Ayer Kuning
Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Yusri meraikan kemenangan selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning BN memenanginya di Command Center BN di Kampung Haji Tahir, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 APRIL 2025.

Tatkala pihak lawan mempertaruhkan naratif di peringkat Nasional, Ustaz Yusri berjaya mendekati, menyantuni dan ‘menghadirkan diri’ dalam setiap pertemuan beliau dengan penduduk setempat.

Ia akhirnya membawa kepada kejayaan Ustaz Yusri yang mewakili BN mempertahankan kerusi Ayer Kuning dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.

Pada masa sama, keputusan itu juga memperlihatkan BN berjaya merekodkan pertambahan majoriti bagi PRK kali ini berbanding keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebanyak 2,213 undi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Rasmi: Ustaz Yusri berjaya kekalkan BN di Ayer Kuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI