Penggunaan AI dalam sastera tidak perlu ditolak, namun perlu bertanggungjawab

IPOH – Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak perlu ditolak sepenuhnya dari dunia kesusasteraan khususnya dalam bidang penulisan, namun pengunaanya perlu disertai dengan kejujuran dan rasa tanggungjawab.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kemunculan AI pada masa kini boleh membantu kerja pengkarya untuk menulis mahupun mengarang.

Walau bagaimanapun katanya, pemikiran, pendirian dan pengalaman yang memberikan identiti kepada sesebuah karya masih perlu datang daripada manusia.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-9 di Galasa Caldwell, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 25 JULAI 2026.

“Teknologi ini boleh membantu memudahkan pencarian maklumat, menyemak bahasa, menyusun bahan dan mempercepat sebahagian daripada proses menghasilkan karya.

“AI juga mungkin boleh menghasilkan jalan cerita, membentuk pantun atau menyusun ayat yang kelihatan indah.

“Namun, karya yang baik lahir daripada pengalaman yang benar-benar difahami dan dirasakan oleh pengarang. Mesin boleh membantu menyusun kata, tetapi manusialah yang memberikannya makna,” katanya.

Penggunaan AI dalam sastera Keyphrase synonyms AI dalam dunia sastera Kecerdasan buatan dalam penulisan AI dalam bidang penulisan Teknologi AI dalam sastera Penggunaan kecerdasan buatan dalam kesusasteraan Related keyphrase (5) Saarani Mohamad AI sastera AI bantu penulis Teknologi AI dalam penulisan Hadiah Sastera Darul Ridzuan AI dan kesusasteraan Malaysia
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan anugerah Karyawan Sepanjang Hayat Negeri Perak pada Majlis Perasmian Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-9 di Galasa Caldwell, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 25 JULAI 2026.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Hadiah Sastera Darul Ridzuan ke-9 di Galasa Caldwell di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin serta Ahli Lembaga Pengarah People of Remarkable Talents (PORT), Mohamad Hamidi Baharuddin.

Penggunaan AI dalam sastera Keyphrase synonyms AI dalam dunia sastera Kecerdasan buatan dalam penulisan AI dalam bidang penulisan Teknologi AI dalam sastera Penggunaan kecerdasan buatan dalam kesusasteraan Related keyphrase (5) Saarani Mohamad AI sastera AI bantu penulis Teknologi AI dalam penulisan Hadiah Sastera Darul Ridzuan AI dan kesusasteraan Malaysia
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar pada Majlis Perasmian Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-9 di Galasa Caldwell, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 25 JULAI 2026.

Menurut Saarani, Perak juga telah melahirkan ramai anak seni seperti pengarang, penulis, penyair, pengkritik dan sarjana yang memainkan peranan penting dalam perkembangan sastera negara.

Saarani berkata, antaranya termasuk Sasterawan Negara Ke-12, Datuk Dr Baha Zain; novelis dan penulis cerpen, Baharuddin Kahar serta Sasterawan Negeri Perak 2024, Siti Zaleha M. Hashim.

“Tahun ini, dunia persuratan Perak menerima satu lagi penghormatan apabila Allahyarham Profesor Emeritus Dr Abdul Rahman Napiah atau Mana Sikana, anak kelahiran Bagan Serai, dinobatkan sebagai Sasterawan Negara Ke-16 secara anumerta.

“Pengiktirafan itu sudah tentu mengangkat sumbangan beliau sebagai pengarang, sarjana, pengkritik dan pemikir sastera. Kejayaan tokoh-tokoh ini turut membawa satu tanggungjawab, iaitu memastikan tradisi yang telah dibina terus disambung oleh generasi penulis,” katanya lagi.

Pada masa sama Saarani berkata, sastera mempunyai hubungan yang rapat dengan ekonomi kreatif dan oleh sebab itu pembangunan tidak boleh hanya dilihat melalui pelaburan, infrastruktur, sains dan teknologi semata-mata.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada Majlis Perasmian Hadiah Sastera Darul Ridzuan Ke-9 di Galasa Caldwell, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 25 JULAI 2026.

Beliau berkata, sebuah karya seni seperti novel dan boleh diadaptasi menjadi filem atau drama, cerpen boleh dibawa ke pentas, manakala puisi boleh dikembangkan melalui muzik, animasi dan kandungan digital.

Tambah beliau, perkembangan itu kemudian membuka ruang kepada penulis, penerbit, pereka grafik, pengarah, pelakon, animator serta penggiat kandungan untuk bekerjasama.

“Namun, semuanya perlu bermula daripada karya yang baik dan penghormatan terhadap hak pengarang.

“Perak pula mempunyai banyak cerita yang menunggu untuk ditulis, daripada sejarah bandar perlombongan, kampung tradisi, kehidupan masyarakat di pesisir sungai dan warisan diraja, hinggalah perubahan yang dilalui oleh keluarga, komuniti serta generasi muda hari ini,” katanya.

Pada majlis, Saarani menyampaikan anugerah kepada 30 penerima termasuk empat anugerah utama iaitu Sasterawan Negeri Perak kepada Hafizah Iszahanid, Pejuang Muda Sastera Negeri Perak kepada Mohammad Hafiz Abdul Latiff, Siti Zaleha Bee Mohd Hashim (Karyawan Sepanjang Hayat Perak), serta Mohamad Saleeh Rahamad (Ilmuwan Negeri). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Siti Zaleha dinobatkan Sasterawan Negeri Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI