Peniaga lemang daun lerek tak menang tangan menjelang Syawal

IPOH – Lemang menjadi antara juadah yang akan diburu orang ramai khususnya yang tinggal di bandar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri termasuklah lemang daun lerek.

Walaupun ia sinonim dan berasal dari negeri di pantai timur, lemang berkenaan turut mempunyai peminatnya sendiri di Perak dan sentiasa dicari setiap kali Aidilfitri.

Peniaga lemang daun lerek, Mohd Fazree Abdullah, 38, berkata, setiap kali tibanya bulan Syawal, dia tidak akan menang tangan dalam menyiapkan juadah bagi pembelian secara terus mahupun tempahan awal.

lemang daun lerek peniaga syawal aidilfitri hari raya ipoh perak Mohd Fazree Abdullah
Pengusaha lemang, Mohd Fazree Abdullah , 38, memeriksa lemang daun lerek yang dibakar agar masak dengan sempurna sebelum menjual kepada pelanggan dengan harga RM20 hingga RM22 sempena perayaan Aidilfitri ketika MG Perak di Jalan Pasir Puteh, Pengkalan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 9 APRIL 2024.

Anak Jati Tanah Merah, Kelantan yang berkelana di Perak sekitar tahun 2011 itu memberitahu, pernah satu ketika kira-kira 2,000 lemang daun lerek habis dijualnya dalam masa sehari.

“Setiap kali tiba hari raya, saya dan biras, Mohd Jamil Mustadza 42, akan sibuk menyediakan lemang dari Pantai Timur ini.

“Lazimnya pelanggan akan mula memenuhi gerai kami selepas waktu Solat Asar dan Maghrib sehari sebelum 1 Syawal,” katanya ketika ditemui MG Perak di Jalan Pasir Puteh, Pengkalan, di sini, pada Selasa.

lemang daun lerek peniaga syawal aidilfitri hari raya ipoh perak Mohd Fazree Abdullah
Pengusaha lemang, Mohd Fazree Abdullah , 38, memeriksa lemang daun lerek yang dibakar agar masak dengan sempurna sebelum menjual kepada pelanggan dengan harga RM20 hingga RM22 sempena perayaan Aidilfitri ketika MG Perak di Jalan Pasir Puteh, Pengkalan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 9 APRIL 2024.

Tinjauan MG Perak mendapati, gerai Mohd Fazree dan Mohd Jamil itu tidak putus-putus daripada menerima kunjungan pelanggan seawal jam 5 petang.

Menceritakan lebih lanjut, Mohd Fazree berkata, kemahiran dalam menyediakan makanan tradisional yang dijual RM20 sebatang itu diwarisi daripada keluarganya.

lemang daun lerek peniaga syawal aidilfitri hari raya ipoh perak Mohd Fazree Abdullah
Pelanggan membeli lemang daun lerek yang dijual dengan harga RM20 hingga RM22 sempena perayaan Aidilfitri ketika MG Perak di Jalan Pasir Puteh, Pengkalan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 9 APRIL 2024.

Menurutnya, dia mula mempelajarinya seawal usia 14 tahun dan masih mempertahankannya sebagai satu nilai warisan.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, pada awal tempoh perniagaan, dia hanya bermula dengan menjual 150 batang lemang daun lerek.

Katanya, selepas permintaan semakin memberangsangkan, dia mula menambahnya sehingga lebih 1,000 batang pada setiap tahun.

Pengusaha lemang, Mohd Fazree Abdullah , 38, mengawal api agar lemang daun lerek masak dengan sempurna sebelum menjual kepada pelanggan dengan harga RM20 hingga RM22 sempena perayaan Aidilfitri ketika MG Perak di Jalan Pasir Puteh, Pengkalan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 9 APRIL 2024.
Pekerja membawa lemang daun lerek untuk dibakar sebelum dijual kepada pelanggan dengan harga RM20 hingga RM22 sempena perayaan Aidilfitri ketika MG Perak di Jalan Pasir Puteh, Pengkalan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 9 APRIL 2024.

“Pada saya, lemang daun lerek dengan lemang yang beralaskan daun pisang, rasa dan aromanya sama sahaja. Namun kelebihan lemang ini apabila batang buluh tidak perlu dibelah jika mahu memakan pulutnya.

“Sebaliknya, hanya perlu menarik keluar daun lerek yang mengalas pulut di dalam batang buluh. Dan mungkin disebabkan hal ini, lemang daun lerek juga diminati oleh orang bukan Melayu,” ujarnya.

Tambah Mohd Fazree, dia juga sering menerima kehadiran pelanggan anak-anak perantauan dari Kuala Lumpur dan Selangor yang meminati lemang berkenaan tiap kali tibanya Aidilfitri. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

400 lemang disedia pada Majlis Berbuka Puasa Bomba, Media Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI