Penjual susu lembu ‘palsu’ diburu kerana samun

IPOH – Polis sedang giat memburu penjual susu lembu ‘palsu’ yang menyamun seorang wanita dalam kejadian yang berlaku di Tanjung Rambutan pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa berusia 38 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit.

Menurutnya, mangsa memaklumkan rantai emas miliknya telah dilarikan oleh suspek yang menyamar sebagai penjual susu lembu.

“Siasatan awal polis mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa bersendirian di rumahnya dia didatangi seorang lelakl warga tempatan yang mengaku sebagai penjual susu lembu pada Khamis jam lebih kurang 9.10 pagi.

“Semasa mangsa sedang berurusan dengan suspek, secara tiba-tiba suspek bertindak agresif dengan menolak mangsa dan menarik dua utas rantai emas miliknya.

“Suspek bertindak mengugut akan mencederakan mangsa jika menjerit meminta pertolongan dan kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Yahaya berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan rantai yang hilang adalah rantai perkahwinan dan rantai pemberian bapanya.

“Susulan kejadian itu, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Pengawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500 019 untuk membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelajar sekolah, dua lelaki diberkas samun 7 warga asing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI