Penunggang motosikal maut, jatuh gaung 10 meter

GERIK – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh ke gaung sedalam kira-kira 10 meter di Puncak Gerik, Lebuhraya Timur Barat, di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.09 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Kawasaki Z250 yang terbebas ke dalam gaung bersama seorang penunggang motosikal berusia 26 tahun.

“Pasukan bomba yang berada di lokasi membawa naik mangsa ke atas jalan raya dengan menggunakan pengusung dengan melalui laluan longkang bertingkat,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Selasa.

Penunggang motosikal maut terbabas ke gaung di Gerik Motosikal terbabas ke gaung 10 meter Kemalangan maut di Puncak Gerik Penunggang Kawasaki Z250 maut Kemalangan Lebuhraya Timur Barat JBPM Perak operasi menyelamat mangsa Lelaki maut kemalangan motosikal di Gerik

Pasukan bomba membawa keluar penunggang motosikal yang maut selepas terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Puncak Gerik, Lebuhraya Timur Barat, Gerik. Foto JBPM Perak

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Damanhuri Abd Karim itu tamat pada jam 11.58 pagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga individu cedera, Myvi jatuh gaung

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI