Perak larang pendakian ‘dayhike’ di tujuh laluan berisiko

IPOH – Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) mengeluarkan notis larangan pelaksanaan aktiviti pendakian secara ‘dayhike’ atau ‘compressed hike’ di kawasan pendakian berisiko melibatkan tujuh gunung serta trans berkuatkuasa serta merta.

Arahan tersebut dikeluarkan Pengarah JPNPk, Datuk Mohd Basri Abdul Manaf menerusi satu notis yang menerusi hantaran di Facebook jabatan berkenaan pada hari ini.

Tindakan itu dilaksanakan selepas mengambil kira penilaian risiko semasa dan kesesuaian bentuk muka bumi di lapangan serta aktiviti pendakian hanya dibenarkan mengikut tempoh minimum ditetapkan untuk laluan yang terlibat.

Antara laluan yang dikenakan larangan ialah Gunung Korbu-Gunung Gayong yang memerlukan tempoh minimum pendakian selama tiga hari.

Laluan Trans Jerging (Gunung Suku-Gunung Irau), Trans Batu (Gunung Batu Putih-Gunung Batu Bujang-Gunung Kak-Gunung Batu Dara) dan Trans Slim yang masing-masing menetapkan tempoh minimum tiga hari pendakian.

Selain itu, laluan Trans Spencer Chapman melibatkan Gunung Bar Gading, Gunung Kak dan Gunung Batu Putih serta laluan Trans Titiwangsa V1 melibatkan Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar memerlukan tempoh minimum lima hari.

Perak larang pendakian ‘dayhike’ di tujuh laluan berisiko
Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) mengeluarkan notis larangan pelaksanaan aktiviti pendakian secara ‘dayhike’ atau ‘compressed hike’ di kawasan pendakian berisiko melibatkan tujuh gunung serta trans berkuatkuasa serta merta.

Manakala laluan Trans Beratih yang melalui Bukit Berapit, Gunung Rayu dan Gunung Batu Putih hanya selama empat hari.

Dalam hantaran sama, JPNPk memaklumkan senarai laluan berisiko itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan penilaian jabatan.

Notis tersebut turut menyatakan bahawa kegagalan mematuhi arahan tersebut boleh menyebabkan ID Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang terlibat dibekukan serta disenarai hitam sebagai MGP Negeri Perak berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu boleh dikenakan bagi tempoh enam bulan atau lebih tertakluk kepada kesesuaian dan pertimbangan pihak jabatan.

Semalam, media melaporkan, aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih dekat Tapah ditutup serta-merta susulan kehilangan seorang pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejak 23 Mei lalu.

Mohd Basri dilaporkan berkata, penutupan itu dibuat bagi memberi keutamaan kepada aspek keselamatan selain membolehkan penilaian semula dilakukan terhadap laluan pendakian di kawasan berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Gunung Batu Putih ditutup serta-merta, SOP pendakian akan dikaji semula

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI