Perak luluskan empat permohonan MM2H, kutip levi RM50,700

IPOH – Sebanyak empat permohonan perolehan hartanah di bawah Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) telah diluluskan Kerajaan Negeri Perak sejak 2020 sehingga kini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kelulusan berkenaan telah dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak.

“Di Negeri Perak, status pelaksanaan program MM2H ini dapat dilihat secara langsung menerusi rekod dan hasil yang diterima dalam sektor hartanah.

“Berdasarkan rekod sistem e-Tanah, dari tahun 2020 hingga kini, Pejabat Pengarah PTG Perak telah meluluskan empat permohonan perolehan hartanah oleh peserta MM2H melibatkan kutipan levi sebanyak RM50,700 sehingga 1 November 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wong May Ing (PH – Pantai Remis) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Menurut Saarani, kerajaan negeri juga menggunakan pendekatan bersepadu dengan memperkasakan peranan jabatan dan agensi berkaitan bagi menarik lebih ramai warga asing, melabur, bekerja, belajar dan bersara di bawah MM2H.

Ujar beliau, pemerkasaan peranan jabatan dan agensi berkenaan dilaksanakan dengan meningkatkan promosi pelaburan, pelancongan, dan pendidikan di Negeri Perak.

Menurut Saarani, kerajaan negeri melalui Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 12/2022 telah menetapkan Dasar Perolehan Hartanah Oleh Warganegara Asing di Negeri Perak melibatkan tujuh aspek utama.

“Antara aspek-aspek berkenaan adalah penetapan paras harga minima mengikut zon pihak berkuasa tempatan (PBT), kategori dan jenis hartanah; penetapan had kuota perolehan; penetapan jenis pegangan perolehan dan perolehan hartanah oleh warganegara asing.

“Selain itu, penetapan kadar bayaran levi perolehan hartanah; penetapan kadar harga minima hartanah MM2H dan perolehan hartanah oleh penduduk tetap dan larangan perolehan hartanah oleh warganegara asing,” katanya.

Untuk rekod,program MM2H diperkenalkan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2002 dengan tujuan menarik warga asing untuk tinggal dalam jangka masa panjang di Malaysia dengan membolehkan warga asing yang memenuhi syarat-syarat menetap di Malaysia sebagai Rumah Kedua mereka. -MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Majoriti rumah tidak terjual di Perak berharga RM200,000 ke atas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI