MGPerak: Perak Peruntuk Lebih RM1.37 Juta Insentif Untuk 324 Pesara Kerajaan

75

Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan lebih RM1.37 juta bagi pemberian insentif persaraan tahun 2025 sebagai penghargaan melibatkan 324 pesara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), setiap pesara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan ditetapkan akan menerima insentif berjumlah RM4,000.

Menurutnya, selain insentif, cenderamata persaraan bernilai RM600 turut diberikan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perkhidmatan awam. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #InsentifPesaraKerajaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini