Perak Tengah daerah baharu dilanda banjir di Perak

IPOH – Perak Tengah menjadi daerah baharu dilanda banjir di negeri ini selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Teluk Kepayang, di buka 4.30 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata, proses pemindahan mangsa banjir di Perak Tengah sedang dijalankan pasukan penyelamat.

Menurut JPBN Perak, jumlah daerah di Perak yang terjejas akibat banjir kembali bertambah kepada empat buah selepas menurun kepada tiga daerah selepas semua PPS di Hulu Perak ditutup pada jam 2 petang tadi.

Jelasnya lagi, jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan kepada 1,031 orang setakat jam 8 malam berbanding 1,682 orang pagi tadi.

“Jumlah PPS pula menurun kepada lapan buah selepas semua PPS di daerah Hulu Perak dan sebuah di Muali ditutup sepenuhnya dan mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Dua PPS di Kerian, tiga di Kuala Kangsar dan masing-masing sebuah di Hilir Perak dan Mualim masih dibuka,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Mangsa banjir Perak meningkat, Hilir Perak daerah baharu dinaiki air

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI