PM lulus RM1.3 juta naik taraf jalan dusun Ulu Kongsor

KUALA KANGSAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM1.3 juta untuk pembangunan jalan dusun di Ulu Kongsor, di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kemudahan tersebut amat diperlukan penduduk kampung memandangkan keadaannya yang tidak bukan sahaja dari aspek jaringan pengangkutan tetapi juga untuk mengembangkan aktiviti sosioekonomi penduduk.

“Akses penduduk ke kawasan pertanian dan dusun di Ulu Kongsor ini bukan sahaja akan menjadi lebih mudah, malah membuka peluang untuk meningkatkan aktiviti ekonomi setempat.

“Ini termasuklah sektor ekopelancongan yang semakin mendapat perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa,” katanya.

PM lulus RM1.3 juta naik taraf jalan dusun Ulu Kongsor
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Padang Rengas di Dataran Arena Square Pekan Isnin, Padang Rengas. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 OKTOBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Padang Rengas di Arena Square Pekan Isnin, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Saarani berkata, walaupun Padang Rengas hanya sebuah pekan kecil namun lokasinya yang strategik di antara bandar-bandar penting seperti Kuala Kangsar, Taiping, dan Ipoh menjadikannya sebagai nadi penghubung antara kawasan pedalaman dan pusat ekonomi negeri.

“Secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada penduduk untuk memanfaatkan pelbagai peluang yang ada di sekeliling mereka.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Anwar kerana Perak banyak menerima manfaat sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sehingga hari ini bumi Perak menerima banyak manfaat. Tahun ini sahaja, sejumlah RM82.5 juta peruntukan disalurkan ke negeri ini melalui pelbagai program inisiatif untuk rakyat.

“Peruntukan ini termasuklah bagi tujuan pembangunan fizikal di seluruh Negeri Perak mengikut Parlimen.

“Antaranya termasuklah melalui Projek Mesra Rakyat, projek-projek PRISMA dan juga projek baik pulih, naik taraf masjid dan surau di seluruh Perak.

“Kami di Negeri Perak bersyukur kerana peruntukan yang disalurkan pada tahun ini telah dapat digunakan dan memberikan banyak kemudahan buat rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Saarani berkata, program pengupayaan ekonomi seperti pogram Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI)  khusus untuk membantu orang kampung dan komuniti Orang Asli di seluruh negara.

Katanya, untuk peruntukan pertama tahun ini, sebanyak RM50 juta telah pun dibelanjakan dan difahamkan baru-baru negeri Perak telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Saya tak peduli, serik, kecaman dan sindiran – Anwar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI