Polis buru kumpulan disyaki terlibat samun, pecah rumah di Manjung

IPOH – Polis sedang memburu sekumpulan lelaki warga Indonesia dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan pecah rumah di sekitar Ayer Tawar serta Pekan Gurney, Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima lapan laporan setakat ini berhubung kejadian itu yang menyasarkan rumah di pinggir hutan dan terpencil.

“Kumpulan itu dipercayai terdiri daripada tiga hingga empat suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasbullah menasihati orang ramai supaya memastikan rumah berkunci, mempertingkat ciri keselamatan seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan tidak menyimpan wang tunai yang banyak bagi mengelakkan menjadi sasaran penjenayah.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung atau menghubungi bilik gerakan menerusi talian 05-688 6222 atau WhatsApp 017-682 8005 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Pada 1 Jun, Hasbullah berkata kumpulan itu dipercayai memecah masuk rumah seorang wanita berusia 40-an di Pekan Gurney dan mengugut mangsa menggunakan parang sebelum melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM10,000. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI