Polis gempur dua premis, 75 PATI termasuk kanak-kanak ditahan

LUMUT – Dua lelaki warga Indonesia yang berperanan sebagai ‘transporter’ antara 75 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Op Taring Landai yang dijalankan di dua premis berasingan di kawasan Bandar Baru Segari di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, operasi itu melibatkan sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dari Unit Risikan Marin Kampung Acheh.

Menurutnya, selain ‘transporter’, seorang lelaki yang berperanan sebagai penjaga rumah penampungan turut ditahan dalam operasi tersebut.

“Turut ditahan 70 PATI warga Indonesia melibatkan 43 lelaki, 25 wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan serta dua lelaki warga Bangladesh. Kesemua individu yang ditahan berusia antara tujuh hingga 57 tahun.

“Operasi tersebut telah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan PATI di sekitar daerah ini,“ katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, semua PATI yang ditahan telah dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 15(1)(c) akta yang sama,” jelasnya.

Hasbullah turut menggesa orang awam supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan PATI kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah tersebut.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau melalui hotline WhatsApp di 017-682 8005,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

30 PATI didakwa atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI