Polis mohon bantu kesan Nur Emalin Natasha 

KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Nur Emalin Natasha Mat Nasir yang dilaporkan hilang sejak 27 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan remaja berkenaan pada kira-kira pukul 12.43 tengah malam, Jumaat lepas.

Menurutnya, Nur Emalin Natasha dipercayai hilang pukul 5 petang, 27 Ogos.

“Remaja terbabit merupakan warganegara Malaysia berbangsa Melayu, berketinggian kira-kira 165 sentimeter dan berat 65 kilogram serta mempunyai fizikal berisi.

“Dia juga mempunyai rambut lurus dan panjang serta warna kulit kuning langsat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lokasi terakhir remaja berkenaan dilaporkan adalah di Apartment Sri Cempaka, Jalan Sepakat Indah 2/1, Taman Sepakat Indah, Kajang, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan Nur Emalin Natasha supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4222 atau Pegawai Penyiasat, Sjn Amiruddin Abdul Hamid di talian 013-230 4156. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI