Polis siasat gadis dijadikan pelacur oleh sindiket along

GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang gadis dijadikan pelacur oleh sindiket along untuk melunaskan hutang yang dilakukan bapanya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut berhubung kes tersebut susulan ia masih dalam siasatan.

“Apa yang boleh saya jelaskan di sini, kita buat laporan berhubung dakwaan video tular tersebut dan siasatan kes masih dijalankan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, pihak polis sedang mengesan kedudukan gadis tersebut susulan dia mendakwa berada di Pulau Pinang.

Terdahulu Hamzah, menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid dengan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Halim Yatim di IPD Timur Laut.

Majlis tersebut turut menyaksikan serah terima tugas antara Razlam dengan Timbalannya, Superintendan Lee Swee Sake yang akan memangku jawatan Ketua Polis Daerah Timur Laut.

Mangsa yang berada dalam ketakutan memohon kepada supaya dia diselamatkan namun panggilan diputuskan berikutan kedatangan ‘bosnya’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI