Projek perumahan perlu siap ikut tempoh ditetapkan – Saarani

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan supaya setiap projek perumahan yang telah dilaksanakan di negeri ini perlu disiapkan pada tempoh yang ditetapkan.

Menurutnya, bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar, beliau turut meminta Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) untuk memantau secara aktif perkara itu supaya tidak akan membebankan rakyat jika berlaku sebarang kelewatan.

“Saya menegaskan supaya setiap projek yang telah dilaksanakan perlu siap pada tempoh yang telah ditetapkan dan saya telah meminta LPHP supaya sentiasa memantau aktif perkara ini.

“Ini supaya ia tidak membebankan rakyat di kemudian hari jika projek lewat pada tarikh yang sepatutnya.

“Semoga segala usaha kita untuk menyediakan perumahan berkualiti dan meningkatkan kesejahteraan kehidupan rakyat negeri ini dipermudah. InshaALLAH,“ katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.

Pagi tadi, Saarani mempengerusikan mesyuarat LPHP di pejabatnya yang turut dihadiri Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching.

Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan perkembangan terbaharu projek-projek perumahan rakyat yang sedang berjalan di dalam negeri ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri melalui LPHP dan Jabatan Perumahan Negara memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) sebagai langkah penting dalam menyelamat dan memulih projek perumahan sakit dan terbengkalai di Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

LPHP, JPN selamatkan projek rumah terbengkalai di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI