REE: Syarikat Korea minat jalan kerjasama -Saarani

IPOH: Star Group Industries (SGI), sebuah syarikat terkemuka Korea Selatan yang menghasilkan produk hiliran unsur nadir bumi (REE), menunjukkan minat menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, syarikat yang menghasilkan produk hiliran REE ‘magnet kekal’ telah menyatakan hasrat untuk berkunjung ke negeri ini pada Mei depan.

Menurut beliau, ia bertujuan untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama berkenaan.

“SGI yang diketuai oleh pengasas merangkap CEO (Ketua Pegawai Eksekutif), Kong Kun Seong menunjukkan minat untuk bekerjasama, malah menyatakan hasrat berkunjung ke Perak bulan hadapan untuk berbincang dengan lebih lanjut,” katanya dalam hantaran di Facebook, pada Jumaat.

Saarani berkata, kerjasama berkenaan dijangka berupaya melengkapkan rantaian bekalan industri automotif khususnya dalam melaksanakan projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Proton City Tanjung Malim tanpa perlu lagi mengimport bahan mentah dari luar.

“Magnet kekal merupakan salah satu komponen penting yang banyak digunakan dalam industri automotif.

“Ia menghasilkan motor aruhan magnet, magnet penjana penghidup hibrid, brek elektrik bersepadu MOBIS, motor electric power steering serta pelbagai lagi komponen berteknologi tinggi,” katanya.

REE: Syarikat Korea minat jalan kerjasama -Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama delegasi Perak bergembar dengan wakil SGI dalam lawatan kerja ke Korea Selatan dan Jepun bermula 20 hingga 27 April. Foto, SOSIAL MEDIA.

Beliau berkata, kerjasama itu nanti juga sudah tentu memberikan manfaat besar kepada Perak khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi muda.

“Bayangkan, berapa ramai peluang pekerjaan yang dapat kita cipta melalui industri-industri baru ini. Sudah pastinya ia akan melimpahkan manfaat buat rakyat negeri Perak khususnya anak-anak muda.

“Semoga segala rancangan baik untuk Negeri Perak dipermudah. Insya-Allah,” katanya.

Perkembangan positif itu adalah susulan lawatan kerja Saarani bersama rombongan Kerajaan Negeri Perak ke Korea, Selasa lalu. Dalam lawatan itu rombongan kerajaan negeri turut dibawa melawat kilang SGI di Daegu, yang menghasilkan produk hiliran REE.

Saarani bersama delegasi kerajaan negeri, dalam rangka lawatan kerja ke Korea Selatan dan Jepun bermula dari 20 hingga 27 April ini.

Lawatan itu antara lain bertujuan menarik minat syarikat di kedua-dua negara untuk melabur di Perak khususnya dalam industri mineral, kenderaan elektrik (EV), pengurusan sisa pepejal dan tenaga hijau. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Empat kementerian bincang model perniagaan NR-REE

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI