Remaja maut, dua rakan parah kereta langgar pembahagi jalan

BUTTERWORTH – Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan di sini pagi ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Idrus Zakaria berkata Muhammad Adam Mifdal Mohd Affendy, 18, maut selepas tersepit di tempat duduk penumpang belakang kereta berkenaan, manakala dua lagi rakannya Muhammad Amirul Johan Rizwal,18, dan Muhammad Shahmi Mohd Yusof, 22, cedera.

Beliau berkata pasukan bomba bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 9.44 pagi.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki tiga lelaki dan dipercayai kenderaan tersebut terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di plaza tol berkenaan. Kami berjaya mengeluarkan penumpang belakang yang tersepit dan dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya hari ini.

Idrus berkata mayat remaja itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya manakala dua lagi yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI