Ribut, puting beliung landa Kubang Pasu

ALOR SETAR – Beberapa rumah di daerah Kubang Pasu mengalami kerosakan termasuk bumbung tercabut akibat ribut dan puting beliung dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan Kampung Pida 3 dan Pida 4 Baru itu kira-kira 15 minit kemudian daripada orang awam.

“Susulan hujan lebat serta puting beliung yang melanda Kubang Pasu, beberapa rumah telah terjejas dan mengalami kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata tindakan sedang diambil oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu antaranya melakukan pemantauan serta membantu membersihkan kawasan terjejas.

Menurut Mohd Adenin pihak PKOD juga sedang mengumpul maklumat kejadian, butiran mangsa dan menasihatkan penduduk terlibat membuat laporan polis.

“Keadaan terkawal dan tiada mangsa cedera,” katanya dan menambah jumlah rumah terjejas masih belum diketahui.

— BERNAMA

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI