36 rumah di Klebang Jaya terjejas ribut

IPOH – Sebanyak 36 buah rumah di sekitar Klebang Jaya, dekat sini terjejas apabila mengalami kerosakan pada bahagian bumbung susulan kejadian hujan lebat dan ribut pada petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 4.26 petang Rabu.

Katanya hujan lebat berterusan selama lebih dua jam beserta ribut telah menjejaskan kediaman di kawasan Klebang Jaya.

“Sebaik terima maklumat, sepasukan anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diatur gerak ke lokasi kejadian bagi membuat pemantauan dan penilaian risiko di kawasan.

“Setakat ini keadaan cuaca masih renyai dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan pihaknya menerima maklumat kejadian pokok tumbang di Klebang.

Kata beliau pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian di persimpangan lampu merah Kawasan Perindustrian Zon Bebas Kinta Klebang itu pada jam 2.55 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh yang berada di lokasi kejadian mendapati pokok yang tumbang itu telah menghalang laluan di jalan raya.

“Kerja-kerja pemotongan pokok dengan menggunakan dua unit gergaji berantai telah dijalankan dan kejadian tidak melibatkan mangsa,” ujarnya lagi. -MG Perak

Artikel Berkenaan:

Ribut, puting beliung landa Kubang Pasu

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI