40 rumah di Taman Meru 2C, Ipoh, rosak akibat ribut

IPOH – Dianggarkan sebanyak 40 buah rumah di Taman Meru. 2C, dekat sini terjejas akibat ribut yang melanda kawasan penempatan itu pada petang Isnin.

Jurucakap Seketeriat Pengurusan Bencana Daerah Kinta berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.37 petang.

Katanya, bagaimanapun, kejadian ribut tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan mangsa.

“Enam anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) lain-lain pangkat dan sebuah ambulans telah ke lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan dan penilaian risiko.

“Punca kejadian disebabkan hujan berterusan selama lebih dua jam beserta ribut di Taman Meru 2C,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya sehingga kini cuaca masih dalam keadaan hujan.

Keadaan rumah penduduk yang terjejas akibat kejadian ribut di Taman Meru 2C, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 NOVEMBER 2023.

Sementara itu, jurucakap memaklumkan, sebuah pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Ipoh di Taman Meru dibuka sekitar jam 8 malam.

“PPS dibuka selepas mendapati keadaan rumah mangsa ketika ini belum selamat dan memerlukan tempat perlindungan sementara melibatkan penduduk Taman Meru 2B dan 2C,” katanya.

Sebelum itu tular di media sosial Facebook beberapa video dan gambar memaparkan kejadian ribut di Taman Meru 2C sehingga menerbangkan bumbung dan sengkuap beberapa rumah di situ.

Sementara itu tinjauan di lokasi mendapati kejadian itu mengakibatkan kawasan berkenaan terputus bekalan elektrik, selain penduduk sedang membawa serpihan bumbung yang rosak keluar dari rumah. -MG Perak.

Artikel Berkaitan:

36 rumah di Klebang Jaya terjejas ribut

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI