Rumah urut, pusat karaoke diserbu, 40 warga asing ditahan

LUMUT – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 40 warga asing selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam empat serbuan iaitu masing-masing di dua rumah urut dan dua pusat karaoke di Pusat Bandar Seri Manjung, dekat sini, malam tadi.

Pengarah JIM Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, ia hasil pemeriksaan ke atas 82 warga asing dalam satu operasi yang bermula pada jam 11 malam Jumaat dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian.

Imigresen tahan 40 warga asing, hasil serbuan rumah urut, pusat karaoke LUMUT Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 40 warga asing selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam empat serbuan iaitu masing-masing di dua rumah urut dan dua pusat karaoke di Pusat Bandar Seri Manjung Meor Hezbullah Meor Abd Malik
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik memeriksa salah satu daripada empat permis berasingan, masing-masing di dua rumah urut dan dua pusat karaoke, yang telah menahan 40 warga asing di Pusat Bandar Seri Manjung, dekat sini, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2024.

Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati mereka yang ditahan melakukan kesalahan seperti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, berada dalam negara ini melebihi tempoh masa yang ditetapkan serta melanggar syarat pas.

“Mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 35 tahun terdiri daripada 33 perempuan dan tujuh lelaki termasuk dua warga tempatan.

“Selain itu, warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam, Myanmar, China dan Thailand,” katanya.

Imigresen tahan 40 warga asing, hasil serbuan rumah urut, pusat karaoke LUMUT Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 40 warga asing selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam empat serbuan iaitu masing-masing di dua rumah urut dan dua pusat karaoke di Pusat Bandar Seri Manjung Meor Hezbullah Meor Abd Malik
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik ketika sidang media berkenaan pihak JIM yang telah menahan 40 warga asing di Pusat Bandar Seri Manjung, dekat sini, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2024.
Imigresen tahan 40 warga asing, hasil serbuan rumah urut, pusat karaoke LUMUT Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 40 warga asing selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan dalam empat serbuan iaitu masing-masing di dua rumah urut dan dua pusat karaoke di Pusat Bandar Seri Manjung Meor Hezbullah Meor Abd Malik
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 40 warga asing selepas melakukan serbuan ke atas empat permis berasingan, masing-masing di dua rumah urut dan dua pusat karaoke di Pusat Bandar Seri Manjung, Lumut, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan serbuan bersama JIM Ibu Pejabat di sebuah pusat karaoke di Pusat Bandar Seri Manjung, dekat sini, awal pagi Sabtu.

Menurut Meor Hezbullah, dalam serbuan di empat premis berkenaan, terdapat kesalahan berulang dengan salah satu pusat karaoke tersebut pernah diserbu lebih daripada dua kali sebelum ini atas kesalahan sama.

Justeru beliau memberitahu, pihaknya sedang mengesan pemilik ke atas empat premis berkenaan bagi siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik menyoal beberapa warga asing yang di tahan daripada empat permis berasingan, masing-masing di dua rumah urut dan dua pusat karaoke, yang telah menahan 40 warga asing di Pusat Bandar Seri Manjung, dekat sini, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MEI 2024.

“Pihak Imigresen akan memanjangkan perkara ini, kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memaklumkan tentang aktiviti sebenar dilakukan di premis ini bagi tindakan lanjut mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Meor Hezbullah berkata, hasil siasatan awal mendapati dua pusat karaoke berkenaan didapati menjalankan aktiviti pelacuran warga asing dengan tawaran bayaran dianggarkan sekitar RM250 hingga RM350 seorang.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 40 warga asing selepas melakukan serbuan ke atas empat permis berasingan, masing-masing di dua rumah urut dan dua pusat karaoke di Pusat Bandar Seri Manjung, Lumut, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MEI 2024.

Tambah beliau, sementara dua rumah urut yang diserbu turut menjalankan aktiviti tidak bermoral itu dengan kadar bayaran sekitar RM240 bagi setiap seorang tukang urut warga asing.

“Kesemua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Sementara di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru Raya untuk siasatan lanjut,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (c ) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Seksyen 6 (1) (c ) dan Seksyen 39 (b) akta sama,” ujar beliau. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Imigresen Perak tahan 39 PATI

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI