Semangat solidariti Palestin perlu diteruskan

IPOH – Semarak Dakwah Negeri Perak (Semarak) merancang untuk meneruskan pelbagai siri program dan aktiviti bagi merancakkan kempen solidariti terhadap rakyat Palestin dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) itu, Fairuz Hafiz Othman berkata, justeru itu pihaknya tidak menolak program Semarak Kemanusiaan Palestin yang dianjurkan malam tadi akan terus diperluaskan ke seluruh negeri.

Katanya, usaha itu perlu diadakan memandangkan gelombang solidariti terhadap Palestin dilihat semakin pudar dalam kalangan segelintir masyarakat, sedangkan negara itu setiap hari terus dizalimi rejim Zionis Israel.

Pengerusi Semarak Dakwah Negeri Perak (Semarak) Fairuz Hafiz Othman bercakap kepada pemberita pada Program Semarak Kemanusiaan Palestin di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2023.

“Kita sudah mengadakan di Ipoh, dan dengan dukungan semua pihak termasuk dalam kalangan anak-anak muda kita yakin program seumpama ini boleh melangkah lebih jauh dengan mengadakan di seluruh Perak.

“Malah dua minggu sebelum ini kami ada mengadakan kempen kesedaran dan solidariti Palestin di sekitar Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

“Ia diadakan di situ bertujuan untuk menyemarakkan semangat solidariti dalam kalangan masyarakat bukan Islam. KIta melihat ia perlu juga melibatkan dukungan mereka dalam isu pembebasan negara itu,” katanya.

solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin
Kira-kira 1,000 orang menghadiri Program Semarak Kemanusiaan Palestin yang dianjurkan bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO) Perak di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Semarak Kemanusiaan Palestin di di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, dekat sini, malam tadi.

Program yang dianjurkan bersama 20 NGO di Perak itu turut dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Dalam pada itu beliau berkata antara pengisian program berkenaan adalah konvoi bermotosikal, ceramah khas, dan kutipan derma solidariti Palestin.

Katanya sehingga malam tadi, hampir RM30,000 dana berjaya dikutip yang mana ia akan diserahkan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin
Kira-kira 1,000 orang menghadiri Program Semarak Kemanusiaan Palestin yang dianjurkan bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO) Perak di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2023.

“Kita melihat usaha untuk menyemarakkan solidariti terhadap rakyat Palestin ini juga perlu diteruskan di semua masjid dan surau.

“Sebab itu kita minta agar semua penceramah bebas untuk terus menerangkan kepada masyarakat tentang situasi di Palestin menerusi kuliah dan ceramah yang disampaikan,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Rakyat Perak diminta menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Negeri

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI