Rakyat Perak diminta menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Negeri

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meminta agar rakyat di negeri ini dapat memberikan sumbangan tunai kepada rakyat Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Negeri Perak.

Beliau berkata, setiap ringgit yang disumbangkan memberi makna yang besar kepada mereka yang sedang berdepan serangan kejam Zionis Rejim Israel.

“Sudah genap sebulan Gaza bermandi darah angkara Zionis dan dianggarkan seramai 10,000 nyawa terkorban setakat ini, manaka bumi para anbia itu terus berdepan kemusnahan yang amat dahsyat.

“Dilaporkan, sekurang-kurangnya 14 jiwa termasuk anak-anak kecil mati setiap jam akibat serangan demi serangan tidak berperikemanusiaan.

“Mereka sangat memerlukan pertolongan ketika ini. Jangan kita biar mereka berjuang sendirian,” katanya menerusi hantaran laman Facebook pada Rabu.

Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Negeri Perak boleh dibuat menerusi pindahan wang secara atas talian dan cek menerusi akaun Bank Islam 08013010064660 atas nama Bendahari Negeri Perak.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkara berkenaan boleh menghubungi Mohd Hazrul di talian 05-2095099 atau Suharni di talian 05-2095040. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Sultan Nazrin Zahir Rasa Pilu, Dukacita Penderitaan Rakyat Palestin

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI