Polis Perak kumpul dana lebih RM23,00 untuk Tabung Palestin

IPOH – Polis Kontinjen Perak berjaya mengumpul dana sebanyak RM23,538 bagi diserahkan kepada Tabung Kempen Palestin yang dilancarkan oleh Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain, 27 Oktober lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kutipan dana bermula pada 27 Oktober hingga 5 November itu membabitkan semua anggota dan pegawai di semua daerah.

“Inisiatif kutipan sumbangan in juga merupakan tanda sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak mendukung inisiatif Tabung Kemanusiaan Palestin bagi perkhidmatan awam yang telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 24 Oktober lalu.

“PDRM Perak sentiasa menyokong sebarang inisiatif murni dan misi kemanusiaan sejagat termasuk membantu meringankan kesengsaraan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Pada 27 Oktober lalu, PDRM bersama MyFundAction melancarkan Tabung Solidariti Palestin sebagai tanda sokongan dan keprihatinan warga PDRM ke atas perjuangan rakyat Palestin.

Razarudin dilaporkan berkata, tabung itu diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rakyat Perak diminta menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Negeri

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI