TAIPING – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2023 di Dataran Warisan dekat sini, bersama-sama lebih 9,000 peserta pada Ahad.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, puteri baginda, Raja Nazira Safya serta adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Yong Sofia.
Turut hadir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Saidi Abdul Rahim, dan Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh.
Larian bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak itu bermula dengan pelepasan peserta larian bagi kategori 15 kilometer (km) pada jam 7 pagi oleh baginda di Dataran Warisan.
Sultan Nazrin turut berkenan melepaskan peserta larian kategori 10 km sebelum berangkat menyertai larian bagi kategori tetamu kenamaan sejauh tiga km yang disempurnakan pelepasannya oleh Raja Yong Sofia.
Pada masa sama, ada dalam kalangan peserta mengenakan pakaian tradisional serta kostum watak-watak terkenal dalam filem antarabangsa.
Selain itu, peserta dan pengunjung LHKSNS 2023 turut dipersembahkan dengan pelbagai persembahan di sepanjang trek larian di sekitar Taman Tasik dan garisan penamat di Padang Esplanade.
Antara persembahan yang pamerkan adalah persembahan pancaragam, kompang, gendang cina, serta demonstrasi tempur, formasi dan payung terjun dari Tentera Darat.
Mereka juga juga berpeluang melihat keunikan melalui identiti produk, tempat, barangan atau makanan di Taiping.
Buat julung kalinya LHKSNS 2023 yang memasuki siri ke-11 itu diadakan di luar Kuala Kangsar iaitu di Taiping, bersempena dengan sambutan ke-150 tahun Bandar Warisan itu pada 2024.
Pada acara tahun ini, turut dipertandingkan melibatkan kategori 7km bagi peserta sekolah menengah dan 3km bagi sekolah rendah dalam kawasan Zoo Taiping pada Sabtu. -MG Perak.
Artikel Berkaitan:
Lebih 200 hadir majlis kesyukuran, doa selamat hari keputeraan Sultan Perak
[…] Sultan Nazrin berkenan berangkat ke LHKSN 2023 […]
[…] Sultan Nazrin berkenan berangkat ke LHKSN 2023 […]
[…] Sultan Nazrin berkenan berangkat ke LHKSN 2023 […]