Tiada keperluan rombak barisan Exco Perak – Saarani

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tidak akan melakukan rombakan barisan Exco ekoran prestasi baik yang ditunjukan oleh setiap individu yang menjawat portfolio masing-masing.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau tidak melihat sebarang keperluan untuk mengambil tindakan sedemikian selepas lebih setahun bersama dalam Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.

“Setakat ini saya tidak fikir ada keperluan untuk membuat apa-apa rombakan kerana kita sudah setahun (bersama di bawah Kerajaan Perpaduan).

“Dalam tempoh setahun ini, pada saya barisan Exco Kerajaan Negeri Perak tidak menimbulkan sebarang masalah,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita sama ada beliau akan merombak barisan Exco atau tidak.

Terdahulu Saarani hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Makanan Percuma (Inisiatif Program TCS), di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Selasa.

Tambah Saarani, beliau tidak berminat untuk membuka ruang kepada masalah baharu sekiranya rombakan barisan Exco dilaksanakan.

“Jadi kerana itu saya tidak akan mencuba untuk membuka ruang kepada masalah baharu,” katanya ringkas.

Untuk rekod Kerajaan Perpaduan di Perak dibentuk selepas Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak ke-15 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 21 November tahun lalu.

Sehari kemudian, ia diikuti dengan angkat sumpah jawatan 10 Exco yang terdiri daripada tiga ADUN BN dan tujuh ADUN daripada PH.

Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Blok Kerajaan dikuasai 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada PH dan sembilan daripada BN, daripada daripada keseluruhan 59 kerusi. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

‘Genap setahun, Kerajaan Perak kekal stabil’

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI