Tinggal nota, sebelum terjatuh di Jambatan Raja Permaisuri Bainun

LUMUT – Seorang lelaki dipercayai terjun dari Jambatan Raja Permaisuri Bainun ditemukan lemas petang tadi.

Mayat mangsa berusia 39 tahun itu ditemui bomba di Batu Undan, Jalan Besar Lumut Segari kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa terjun sekitar jam 4.20 petang.

Difahamkan, mangsa telah meletakkan kereta di atas jambatan dan meninggalkan sekeping nota dalam kenderaan tersebut.

Mangsa yang dipercayai mengalami masalah keluarga disyaki terjun dari jambatan tersebut pada ketinggian 7.6 meter (m) dari paras air.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.29 pagi.

Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Pencarian dilakukan dengan di dasar sungai sekitar kawasan mangsa dipercayai terjun dalam jarak radius 500m.

“Anggota turut membuat pencarian dengan menggunakan ‘gripping iron’ bagi mengesan kedudukan mangsa yang berada di dasar sungai.

“Selain itu, pencarian juga diteruskan 1.5km dari lokasi mangsa terjun sehingga mayat mangsa dijumpai oleh pasukan bomba pada jam 4.20 petang.

“Mayat mangsa diangkat ke dalam bot, dibawa ke darat dan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Operasi tamat sepenuhnya jam 5 petang. –  MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki orang Asli dikhuatiri lemas ketika memukat ikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI