TMP 2024: MalaysiaGazette meterai MOU dengan MBI

IPOH – MalaysiaGazette mengorak selangkah ke hadapan apabila menjalinkan kerjasama secara rasmi dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), malam tadi.

Usaha itu dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin bersama Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd Razak pada Jamuan Makan Malam bersempena Majlis Menandatangani MoU Pelancongan Mesra Muslim di Hotel M Roof, di sini.

Ia disaksikan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ketika ditemui Noraini berkata, melalui MoU berkenaan, MalaysiaGazette akan berperanan membantu MBI memperhebatkan lagi usaha mempromosi produk-produk pelancongan bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024 (TMP 2024).

Malah menurutnya, ia merupakan kerjasama yang julung kali diadakan MalaysiaGazette dengan melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

MalaysiaGazette MBI Noraini Razak Rumaizi Datuk Bandar Ipoh tahun melawat perak MalaysiaGazette MBI Noraini Razak Rumaizi Datuk Bandar Ipoh tahun melawat perak
Ecxo Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sandrea Ng Shy Ching menyaksikan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Majlis Makan Malam sempena MoU Pelancongan Mesra Muslim Bandar Raya Ipoh, di Hotel MRoof, di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 NOVEMBER 2023.

“Saya merasakan ia adalah satu tanggungjawab besar yang perlu digalas bersama-sama, selain ia juga sebagai satu penghormatan kepada MalaysiaGazette atas kepercayaan yang diberikan MBI.

“Pada masa sama saya berharap melalui MoU ini, jenama MalaysiaGazette akan terus kukuh terutama dalam kalangan rakyat Perak.

“Selain itu, saya juga berharap ia akan membuka peluang kepada MalaysiaGazette untuk bekerjasama dengan PBT lain di seluruh negara pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Rumaizi berkata, melalui MoU yang ditandatangani itu MalaysiaGazette diharap akan membantu memperhebatkan lagi promosi produk pelancongan di bawah pakej ‘Greater Ipoh’ yang turut melibatkan Daerah di Kuala Kangsar, serta Batu Gajah dan Kampar di Kinta.

“Usaha ini bukan sahaja membantu mempromosikan produk dan tarikan pelancongan di Ipoh, malah ia turut melibatkan dalam pakej Greater Ipoh.

“Saya harap ia tidak terhenti pada Tahun Melawat Perak 2024 sahaja, sebaliknya dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu pada majlis sama, sebanyak dua lagi MoU lain ditandatangani iaitu MoU Pelancongan Muslim melibatkan MBI, Hatyai Municipality Thailand, DPR Acheh Indonesia, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Kampar (MDK), serta Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).

Ia disempurnakan Rumaizi; Timbalan Datuk Bandar Hatyai, Prof Dr. Wichai Kanchanasuwan; Ketua Komisi II DPR Aceh, Khairil Syahrial; Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd Yusri Md Daud; Yang DiPertua MPK, Norazlan Yahaya; Yang Dipertua MPKK, Dr. Sakduddin Zamli; Yang Dipertua MDK, Ahmad Suqairy Alias; serta Yang Dipertua MDBG, Mohamad Razif Ramli.

Turut ditandatangani adalah MoU antara MBI dengan Islamic Tourism Centre (ITC) yang diwakili Ketua Pengarah ITC Nizran Noordin.

Majlis turut dihadiri Pengarah Centre for Indonesia-Malaysia-Thailand (CIMT), Firdaus Dahlan serta Pengerusi Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) Datuk M Nasir. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

3H diperkenalkan MBI, rancakkan Tahun Melawat Perak 2024

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI