UPSI lantik semula Md Amin sebagai naib canselor

KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melantik semula Prof Datuk Dr Md Amin sebagai Naib Canselor bagi tempoh dua tahun bermula 1 Julai hingga 30 Jun 2026.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) semalam, pelantikan itu membolehkan beliau untuk meneruskan kembali perancangan beliau dalam memperkasakan UPSI sebagai satu-satunya universiti bertujahkan bidang pendidikan.

“Md Amin sebelum ini pernah dilantik pertama kali sebagai Naib Canselor UPSI pada 21 Jun 2024 bagi tempoh tiga tahun.

“Kementerian yakin pelantikan semula ini dapat mengekalkan kecemerlangan UPSI dalam bidang akademik dan penyelidikan seterusnya membantu melahirkan graduan yang berkualiti untuk masa hadapan pendidikan negara,” katanya.

Penyerahan watikah kepada Md Amin telah disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry di pejabatnya, semalam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI