Video tular: Pelajar IPT cedera, motosikal kemalangan dengan SUV

TAPAH – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) cedera selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebagaimana dalam video tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Mohd Naim Asnawi berkata, hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada jam 11.09 pagi di kilometer (km) 340.1 Lebuh Raya PLUS arah utara berhampiran susur keluar Tol Bidor, dekat sini, Sabtu lalu.

Katanya, susulan kejadian itu lelaki berusia 18 tahun berkenaan mengalami kecederaan pada bahu kiri dan telah di hantar ke Hospital Tapah bagi menerima rawatan pada hari sama.

“Pihak polis telah mengenalpasti ketiga-tiga kenderaan yang terlibat. Salah seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terlibat dalam kemalangan ini telah tampil untuk membantu siasatan.

“Pihak polis dalam usaha untuk memanggil seorang lagi pemandu SUV untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Tambah Mohd Naim, polis telah membuka kertas siasatan berkenaan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Peraturan 6 (1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 LN 166/59.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu dengan keadaan berkhemah dan mengamalkan sikap bersabar sepanjang berada di jalan raya.

“Saksi kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi secara terus Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin di talian 05-4011222 atau 013-2087919,” ujarnya.

Terdahulu pihak polis mengesan satu video tular di media sosial memaparkan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan 2 MPV di lebuh raya PLUS berhampiran susur keluar Tol Bidor.

Menerusi rakaman video kamera papan pemuka berdurasi 2 minit itu, seorang penunggang motosikal kelihatan hilang kawalan dan melanggar bahagian kanan belakang sebuah SUV selepas sebuah lagi bertindak SUV menukar lorong. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Video tular bot karam bukan kejadian di Pulau Pangkor – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI