Warga emas tunjuk ‘anu’ dipenjara 18 hari

PARIT BUNTAR – Seorang pesawah dikenakan hukuman penjara 18 hari selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Rabu atas pertuduhan menunjukkan kemaluan kepada seorang remaja perempuan, dua minggu lalu.

Tertuduh, Zainal Abidin Sabri, 72, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu telah membuka zip seluar yang dipakai dan menunjukkan kemaluannya kepada seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa.

Warga emas berkenaan didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kedai sejuk beku dalam daerah ini, pada jam 5.24 petang, 2 Mac 2025.

Pertuduhan dibuat ke atas lelaki itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir sementara tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Ruhan ‘Imran Abdul Halim.

Ketika prosiding, Muhammad Syaiful memberitahu kesalahan dilakukan warga emas itu bukan kali pertama, dan disebabkan itu mahkamah tidak membenarkan permohonan denda terhadap tertuduh.

“Kamu tidak malu ke tunjuk kemaluan dekat orang? Dan oleh sebab itu mahkamah tidak membenarkan denda. Sabit kesalahan, kamu dikenakan penjara 18 hari dari tarikh hari ini. Kamu keluar penjara (nanti), esok dah nak raya (Hari Raya),” kata beliau.

Mengikut fakta kes, lelaki itu telah menghampiri mangsa yang sedang bekerja sebelum bertanyakan sama ada kedai itu ada menjual minyak masak atau tidak.

Mangsa memberitahu bahawa kedai itu tidak menjual minyak masak sebelum warga emas berkenaan memaklumkan dia mahu akan seluar dalam yang dipakai remaja terbabit.

Perempuan itu bagaimanapun tidak mempedulikan permintaan tertuduh walaupun lelaki itu mengulai perkara berkenaan beberapa kali.

Tertuduh kemudian berlegar-legar di dalam kedai dan sebelum beredar, mangsa ternampak lelaki itu membuka zip seluar serta menunjukkan kemaluan ke arahnya.

Tindakan tidak bermoral tertuduh yang sebelum ini kerap datang ke kedai berkenaan untuk mengganggu mangsa, dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

Lelaki itu kemudian ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan pada 10 Mac lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Anjing mati kena panah: Lelaki telah didakwa di mahkamah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI