16 mangsa banjir di Kampar masih di PPS

KAMPAR – 16 individu daripada lima keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas terjejas banjir di sini, pada Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, mereka ditempatkan di Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan selepas PPS itu diaktifkan pada jam 11 malam Isnin.

“Jumlah kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS masih lagi kekal 16 orang daripada lima keluarga, setakat jam 10 pagi.

“Mereka dari Kampung Batu 20, Kuala Dipang; Kampung Pulau Pisang, Malim Nawar dan Kampung Baru Kuala Dipang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Jelas kenyataan itu lagi, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tiada amaran hujan berterusan dikeluarkan setakat ini.

Namun ujarnya, Daerah Kampar diramalkan akan mengalami situasi hujan pada sebelah petang sehingga malam.

Tambahnya lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, Sungai Perak di Kuala Kenderong dalam Daerah Hulu Perak mencatatkan aras bahaya.

“Setakat pagi tadi, sungai berkenaan merekodkan bacaan 113.79 meter berbanding 110 meter paras air normal,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Banjir Perak: Sembilan mangsa ditempatkan di PPS

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI