Situasi banjir di Kampar pulih, PPS ditutup

KAMPAR – Situasi banjir di Daerah Kampar pulih selepas pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan, ditutup sepenuhnya pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kampar, Nazrul Fazami Mohamad berkata, PPS yang sebelum ini menempatkan 16 mangsa banjir itu ditutup pada jam 2 petang.

“Hasil pemantauan pihak berkuasa dan Pejabat Penghulu Mukim Kampar mendapati keadaan lokasi bencana ketika ini selamat dan semua mangsa bencana banjir telah kembali ke rumah masing-masing.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi kerajaan, individu serta badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan menyelaras selia PPS dengan baik sepanjang ia beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan di Kampung Kuala Dipang diaktifkan pada jam 11 malam Isnin lalu susulan banjir kilat yang melanda beberapa kampung sekitar.

Seramai sembilan mangsa daripada empat keluarga terawal ditempatkan di PPS berkenaan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

16 mangsa banjir di Kampar masih di PPS

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI