19 gelandangan, orang papa di Ipoh diselamatkan

IPOH – Seramai 19 orang gelandangan dan orang papa di sekitar bandar raya ini diselamatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama agensi-agensi lain dalam satu operasi bersepadu yang dilaksanakan pada Rabu.

MBI dalam satu kenyataan memaklumkan, Operasi Bersepadu Menangani Isu Gelandangan dan Orang Papa itu dilaksanakan di Jalan Foo Yet Kai, Jalan C.M. Yusuff, serta sekitar kawasan Pasar Besar Ipoh serta Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, antara jam 9 pagi hingga 2.30 petang.

Katanya, operasi terbabit dilaksanakan bersama Yayasan Kebajikan Negara Negeri Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kinta, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kinta, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Daripada keseluruhan individu yang dikenal pasti, 10 orang gelandangan dan orang papa dikesan di Jalan Foo Yet Kai, lima orang di Jalan C.M. Yusuff dan empat lagi di sekitar Pasar Besar Ipoh serta UTC Ipoh.

“Daripada jumlah tersebut, salah seorang daripada mereka yang diselamatkan didapati positif morfin. MBI membantu pihak AADK Daerah Kinta dalam pelaksanaan saringan air kencing ke atas individu yang terlibat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

operasi gelandangan Ipoh gelandangan Ipoh, orang papa Ipoh, operasi bersepadu MBI, gelandangan diselamatkan, operasi UTC Ipoh, JKM Kinta, AADK Kinta, bandar raya Ipoh
Sekitar Operasi Bersepadu Menangani Isu Gelandangan dan Orang Papa yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama agensi-agensi lain di sekitar Bandar Raya Ipoh. Foto MBI

MBI memaklumkan, seorang lagi individu turut telah dibawa oleh Yayasan Kebajikan Negara ke Anjung Singgah bagi mendapatkan perlindungan serta bantuan lanjut.

Selain itu katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu juga membantu membawa golongan gelandangan dan orang papa yang terlibat ke JKM bagi tujuan pengambilan maklumat serta tindakan susulan yang bersesuaian.

“Sepanjang operasi berlangsung, MBI turut melaksanakan kawalan keselamatan bagi memastikan semua anggota yang terlibat termasuk pasukan yang menjalankan kerja-kerja pembersihan, berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

“Justeru itu, tahap keselamatan anggota yang bertugas di lokasi berada dalam keadaan baik dan terkawal, di samping tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kesejahteraan masyarakat, kebersihan persekitaran dan keselamatan awam di Bandar Raya Ipoh sentiasa terpelihara. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Gelandangan cedera selepas terjun dari jejantas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI