40 minit tahan kesakitan tangan tersepit dalam mesin proses ayam

IPOH – Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih 40 minit apabila tangan kirinya tersepit di dalam mesin memproses ayam di Pasar Jelapang, di sini pada pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa yang berusia 33 tahun bagaimanapun berjaya diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru.

Menurut Sayani, anggota bomba menerima panggilan kejadian pada jam 11.31 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian iaitu pada jam 11.39 pagi.

“Setibanya jentera bersama anggota di tempat kejadian didapati seorang mangsa lelaki berumur 33 tahun telah tersepit tangan pada mesin memproses ayam.

“Ketua operasi kemudiannya mengarahkan anggota menggunakan peralatan khas ‘power saw dan hydraulic cutter’ untung mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit pada mesin,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sayani berkata, setelah tangan mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diberi rawatan.

“Mangsa telah dibawa menaiki ambulans KKM dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 12.12 petang,” katanya. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI