50 atlet Perak cemerlang SPM terima insentif RM34,200

IPOH – Seramai 50 atlet Perak yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 dan 2025 menerima insentif berjumlah RM34,200 daripada kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Perak (MSNPk).

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, insentif itu melibatkan 32 atlet yang menduduki peperiksaan SPM 2025 dan 18 atlet pada SPM 2024 dengan memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan berkenaan.

Menurutnya, pemberian insentif tersebut merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan atlet negeri yang berjaya mengimbangi pencapaian dalam bidang sukan dan akademik.

“Seperti yang kita putuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan, insentif ini diberikan kepada atlet kita yang berjaya memperoleh 5A ke atas bagi peperiksaan SPM yang mana setiap ‘A’ yang mereka dapat, kita berikan RM100.

“Maka pada hari ini kita menunaikan janji untuk memberi insentif tersebut kepada 50 atlet yang telah pun mencapai keputusan yang cemerlang, minimum 5A dan ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Atlet Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024-2025 serta Majlis Penyerahan Penajaan dan Kolaborasi Strategik Sukan Negeri Perak di Seladang Sports Hub, MSNPk di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah MSNPk, Mazlan Mohamad.

Khairudin berkata, MSN Perak bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak sentiasa menitikberatkan keseimbangan antara pencapaian akademik dan sukan dalam melahirkan atlet yang holistik.

“MSNPk bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak mahu pendidikan dan sukan itu seiring, sejalan, seia dan sekata.

“Kita juga melihat pemberian insentif ini secara tidak langsung membuktikan bahawa MSNPk amat menitikberatkan aspek akademik kerana kecemerlangan pendidikan, seiring dengan pencapaian dalam sukan, akan membantu anak-anak ini mencapai kejayaan pada masa depan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak hargai kejayaan atlet Sukan SEA, kebangsaan, salur insentif RM139,450

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI