82,092 calon ditawar tempat pengajian Ijazah Sarjana Muda ke universiti awam

KUALA LUMPUR – Seramai 82,092 calon (76.10%) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian di 20 universiti awam menerusi UPUOnline.

Kementerian Pengajian Tinggi berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 1,146 program pengajian Ijazah Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.

Katanya, pada tahun ini, KPT telah menerima 107,875 permohonan yang layak bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

“Kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, kementerian kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline® dalam tempoh 10 hari, bermula daripada 14 Ogos 2026, jam 12 tengah hari sehingga 23 Ogos 2026, jam 5 petang.

“Pihak kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” kata KPT dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI