PETALING JAYA – Seorang penolong pengurus eksekutif hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan rakan sekerja wanitanya yang juga bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta, Julai lepas.
Mohd Faizal Hussain, 53, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 54 tahun itu dengan memegang tangannya bertujuan mencabul kehormatannya di sebuah hotel di Damansara, dekat sini, pada 1 tengah hari 13 Julai lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan.
Peguam Nur Afiqah Mohd Ashriee yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung ibu bapa, isteri dan tiga anak yang masih bersekolah.
“Tertuduh menghidapi penyakit gout manakala ayahnya terlantar sejak lima tahun yang lepas. Dia juga telah digantung kerja sejak laporan dibuat oleh pengadu (mangsa),” katanya.
— BERNAMA
[…] Penolong Pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita […]
[…] Penolong Pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita […]