Program Repatriasi Migran: 350 PATI berdaftar di Perak

IPOH – Seramai 350 pendatang asing tanpa izin (PATI) di Perak berdaftar dengan Jabatan Imigresen (JIM) di bawah Program Repatriasi Migran sejak dilaksanakan 1 Mac lalu.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, kesemua mereka berusia antara 11 bulan hingga 64 tahun itu terdiri daripada 244 lelaki, 91 wanita serta 15 kanak-kanak.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, mereka terdiri daripada 268 warga Indonesia, 25 warga Bangladesh, India (24), Pakistan (17), Myanmar (sembilan), Nepal (tiga), Sri Lanka (dua), serta masing-masing seorang warga Vietnam dan Singapura.

Program Repatriasi Migran 350 PATI Perak Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik pendatang asing tanpa izin Program Repatriasi Migran 350 PATI Perak Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik pendatang asing tanpa izin
Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik pada sesi sidang media berkenaan Jabatan Imigresen Perak melaksanakan Program Repatriasi Migran (PRM) di Kompleks KDN, Meru, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 MAC 2024.

“Kesemua mereka telah diambil tindakan kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c), iaitu tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di dalam Negara ini, dan Seksyen 15(1)(c), iaitu telah tinggal lebih masa, Akta Imigresen 1959/63.

“JIM Perak berharap supaya PATI dapat mengoptimumkan peluang untuk pulang ke negara asal secara sukarela dengan pengecualian pendakwaan dan penawaran kompaun berjumlah antara RM300 hingga RM500 di samping mengurangkan jumlah PATI dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru Raya, dekat sini, pada Selasa.

Selain itu, Meor Hezbullah berkata, walaupun pihaknya tidak menetapkan sasaran jumlah PATI bagi inisiatif berkenaan, beliau berharap lebih ramai PATI dapat mendaftarkan diri untuk dibawa pulang ke negara asal.

Program Repatriasi Migran 350 PATI Perak Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik pendatang asing tanpa izin Program Repatriasi Migran 350 PATI Perak Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik pendatang asing tanpa izin
Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik (berdiri, dua kanan) hadir pada Program Repatriasi Migran (PRM) di Kompleks KDN, Meru, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 MAC 2024.

Jelas beliau, program berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan mana-mana ejen atau pihak ketiga.

Tambah Meor Hezbullah, Program Repatriasi Migran yang berasaskan pengampunan kepada PATI itu menyediakan platform untuk memudah cara mereka pulang ke negara asal secara sukarela.

Kata beliau, antara syarat kelayakan yang dikenakan kepada PATI bagi berdaftar dengan program berkenaan adalah memiliki PATI harus mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah.

Di samping itu, kata beliau lagi, bebas daripada rekod jenayah serta memiliki tiket pulang ke negara asal dalam tempoh 14 hari sebelum hadir ke Pejabat JIM.

“Kepada PATI, jangan bimbang yang mana sekiranya anda berdaftar dengan Program Repatriasi Migran, mereka akan menerima layan dengan baik.

“Jangan dengar sekiranya ada khabar angin mengatakan mereka yang menyertai program itu akan ditangkap atau sebagainya, kerana ia tidak benar sama sekali,” ujarnya.

Program Repatriasi Migran yang dilaksanakan kerajaan bermula 1 Mac lalu adalah sebagai usaha untuk memudahkan penghantaran pulang warga asing yang tinggal di negara ini secara tidak sah dengan membayar kompaun. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI