Penyertaan graduan TVET dalam ketenteraan aset berharga pertahanan negara

IPOH – Penyertaan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam pasukan ketenteraan mampu memberi nilai tambah kepada pertahanan negara, terutama ketika dunia kini berdepan ancaman keselamatan yang semakin kompleks.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad berkata, negara memerlukan modal insan serba boleh yang bukan sahaja mempunyai disiplin ketenteraan, malah dilengkapi kemahiran teknikal serta kepakaran dalam pelbagai bidang.

Graduan TVET sertai ketenteraan Keyphrase Synonyms: Penyertaan graduan TVET dalam ketenteraan Graduan TVET dalam Angkatan Tentera Malaysia TVET dan pertahanan negara Graduan teknikal sertai Askar Wataniah Pelajar TVET sertai pasukan ketenteraan Tenaga mahir TVET dalam ATM Graduan vokasional dalam sektor pertahanan TVET perkukuh keselamatan negara Related Keyphrases: Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia MALPTAAC Siri Ke-17 Politeknik Ungku Omar Angkatan Tentera Malaysia Pertahanan negara Latihan ketenteraan pelajar
Pelajar Askar Wataniah membuat persembahan pada Penutup Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 17/2026 di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 JUN 2026.

“Pelajar dari latar belakang TVET serta kepelbagaian bidang (lazimnya mempunyai) kepakaran yang berkualiti seperti (dalam bidang) kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal, perdagangan, teknologi maklumat sehingga kepada bidang hospitaliti.

“Kepada Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Darat khasnya, latar belakang serta kepakaran dalam pelbagai bidang TVET ini adalah ‘high impact’ dan sangat berharga.

“Graduan TVET merangkumi lebih 45 peratus daripada tenaga kerja negara yang sedang berbakti. Bayangkan impaknya jika potensi besar ini diledakkan secara aktif melalui pasukan simpanan (Askar Wataniah) yang sedia berkhidmat demi kedaulatan pertiwi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri Ke-17 di Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini, pada Ahad.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad memberikan kata-kata semangat kepada pelajar Askar Wataniah daripada 19 politeknik seluruh negara pada Penutup Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 17/2026 di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 JUN 2026.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti, Ulaimi Yahya serta Pengarah PUO, Dr Salmi Che Meh.

Tambah Mohamad Suria, dunia kini berdepan pelbagai cabaran dan pergolakan yang menuntut lahirnya golongan muda yang berani, berintegriti dan mampu memimpin negara pada masa hadapan.

Justeru beliau menyeru agar semua institusi politeknik dan kolej komuniti untuk terus memperkasakan penyertaan pelajar dalam Askar Wataniah sebagai platform kepada generasi muda menyumbang tenaga kepada keselamatan negara.

Graduan TVET sertai ketenteraan Keyphrase Synonyms: Penyertaan graduan TVET dalam ketenteraan Graduan TVET dalam Angkatan Tentera Malaysia TVET dan pertahanan negara Graduan teknikal sertai Askar Wataniah Pelajar TVET sertai pasukan ketenteraan Tenaga mahir TVET dalam ATM Graduan vokasional dalam sektor pertahanan TVET perkukuh keselamatan negara Related Keyphrases: Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia MALPTAAC Siri Ke-17 Politeknik Ungku Omar Angkatan Tentera Malaysia Pertahanan negara Latihan ketenteraan pelajar
Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad menyampaikan piala kepada Politeknik Ungku Omar juara keseluruhan Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 17/2026 di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 JUN 2026.

“Negara ini tidak mahu serta tidak mampu untuk mempunyai generasi muda yang lemah, rapuh dan mudah mengeluh apabila berdepan kesukaran.

“Apa yang negara perlukan adalah anak muda yang berani, berintegriti dan berdaya tahan sebagai pemimpin masa depan,” katanya lagi.

Mengulas tentang program beliau berkata, penganjuran MALPTAAC Siri Ke-17 adalah manifestasi pendekatan ‘Whole-of-Government and Whole-of-Society’ (WOGOS) yang menghimpunkan kerjasama strategik antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan.

“Ini adalah bukti nyata bahawa kita mampu mencipta platform untuk membina ekosistem pertahanan yang mampan menerusi muafakat pelbagai pihak. Saya berharap ekosistem ini terus diperkasa dan diperluaskan pengaruhnya ke segenap pelosok negeri,” katanya lagi.

Aksi payung terjun oleh Grup Gerak Khas (GGK) pada Penutup Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 17/2026 di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 JUN 2026.

Terdahulu pada majlis penutup, Mohamad Suria dan semua tetamu menyaksikan demonstrasi lima kategori ‘Rapid Deployment Exercise’ (RDX) oleh peserta MALPTAAC Siri Ke-17 yang meliputi pergerakan asas latihan, pengendalian senjata serta tindak balas terhadap gangguan senjata.

Acara kemuncak pada majlis berkenaan dipersembahkan pertunjukan penerjunan payung terjun oleh sembilan pegawai dan anggota Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) dengan masing-masing membawa sembilan bendera.

MALPTAAC Siri Ke-17 menyaksikan 1,000 orang pelajar dan urus setia anggota Askar Wataniah Politeknik dari seluruh negara berjaya menamatkan latihan kem tahunan dan latihan OBUA (Operation in Built Up Area) yang berlangsung antara 1 hingga 15 Jun di PUO. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Malbatt Village lokasi interim PLKN 3.0 Siri 2/2026 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI