MGPerak: Pertahan Tradisi 80 Tahun Edar Bubur Lambuk Percuma

278

IPOH – Bubur lambuk ibarat penyeri pada bulan Ramadan apabila ia menjadi antara juadah berbuka puasa yang sering dicari orang ramai, khususnya Masyarakat Islam.

Di Masjid India Muslim Ipoh, tradisi pengagihan bubur lambuk secara percuma yang menjangkau usia 80 tahun masih dikekalkan.

Pada sepanjang Ramadan, orang ramai akan mula beratur bagi mendapatkan juadah berkenaan seawal jam 4.30 petang di masjid yang terletak di Jalan Seenivasagam itu.

Seeni Abdul Saur Myidin, 69, merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menyediakan bubur lambuk di masjid yang berusia lebih 100 tahun itu, dengan dibantu Mohd Zainal Puteh, 55. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini