Samenta, TalentCorp bekerjsama kenal pasti majikan PKS untuk pelajar jalani latihan amali

IPOH – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) akan bekerjasama dengan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) bagi mengenal pasti majikan PKS yang progresif di bawah insiatif Geran Padanan Latihan Industri untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (LiKES) dengan menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk menjalani latihan amali.

Presidennya, Datuk William Ng berkata, LiKES yang dilancarkan Menteri Sumber Manusia Steven Sim semalam akan menjadi pemangkin bagi PKS bagi merekrut pekerja mahir di dalam kekangan bakat semasa.

Menurutnya, inisiatif di bawah TalentCorp itu diwujudkan untuk menambah elaun latihan sebanyak RM250 dan RM300 bagi setiap pelatih (sebulan) terdiri daripada pelajar diploma dan ijazah.

“Ini secara tidak langsung akan menarik bakal pelatih serta memberi peluang kepada PKS untuk mengupah pelatih-pelatih tersebut secara kekal selepas tamat pengajian.

“Latihan amali yang dijalankan pelatih bersama PKS akan menyediakan akses terus kepada pemilik syarikat dan skop pengalaman lebih luas kerana organisasi PKS yang lebih kecil berbanding syarikat besar.

“Ini membolehkan pelatih mendapat pengalaman latihan amali yang lebih baik di bawah PKS,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan inisiatif itu membabitkan keseluruhan geran padanan RM30 juta oleh kerajaan yang akan memanfaatkan 30,000 pelatih amali.

Geran padanan LiKES merangkumi tempoh latihan sehingga enam bulan dengan pemohon berkelayakan perlu menawarkan penempatan latihan sekurang-kurangnya 10 minggu dan menyediakan elaun minimum latihan industri. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

7,000 belia keciciran kerja, Perak peruntuk RM8 juta perkasa TVET – Sivanesan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI