Bomba padam kebakaran hutan 4 hektar di Gerik

GERIK – Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya memadamkan kebakaran hutan seluas 4.05 hektar berhampiran Hentian Bintang Hijau Sungai Rui, dekat sini, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 12.27 tengah malam Jumaat.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik telah diatur gerak ke lokasi bagi kerja-kerja pemadaman.

“Kebakaran melibatkan lalang di tepi jalan dan juga hutan di bukit setinggi 700 meter.

“Pada hari ini, operasi pemadaman sisa kebakaran yang masuk hari kedua juga melibatkan pemantauan bagi memastikan tiada unsur-unsur api merebak.

“Pihak Jabatan Perhutanan akan mengambil alih tindakan selanjutnya dan membuat pemantauan sepenuhnya dikawasan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, operasi yang diketuai Komander Operasi Bomba, Kamarul Ariffin Abd Ghani itu melibatkan 11 anggota iaitu melibatkan enam anggota Fire Rescue Tender (FRT), Rapid Rescue Vehicle (RRV) (dua anggota), pacuan empat roda (tiga anggota).

Ujar beliau, operasi ditamatkan pada jam 10.30 pagi selepas situasi disahkan selamat. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Hutan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Bintang Hijau terbakar

Anggota bomba diarahkan keluar selepas dinding kanan bangunan runtuh

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI