Gamifikasi A-Smart Lu’bah bantu memudahkan pengajaran Bahasa Arab

TANJUNG MALIM – Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menampilkan projek Gamifikasi A-Smart Lu’bah yang berperanan membantu memudahkan kaedah bagi pengajaran Bahasa Arab.

Pensyarah kanannya, Prof. Madya Dr. Saipolbarin Ramli berkata ia dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik yang diketuainya bersama Dr Mohammad Taufiq Abdul Ghani dan Mohd Zawawi Awang Hamat menerusi kajian selama setahun.

Katanya, melalui projek berkenaan, mereka berjaya membangunkan produk tidak hanya memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik, tetapi juga mudah difahami oleh golongan bukan penutur di sekolah-sekolah yang menawarkan subjek Bahasa Arab.

“Menerus produk yang memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan ini, kami berusaha memperkenalkan pendekatan pengajaran bahasa Arab yang lebih menyeronokkan dan efektif kepada semua.

“Kajian yang dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) UPSI itu berfokus pada pembangunan kad pintar permainan yang membolehkan pembelajaran nahu ayat berdasarkan modul formula pola ayat,” katanya menerusi satu kenyataan daripada UPSI, pada Khamis.

Tambah kenyataan itu lagi, produk inovatif yang memperoleh dana Geran Penyelidikan Universiti (GPU) 2018 sebanyak RM9,382 itu dihasilkan melalui kajian bertajuk ‘Pengajaran Nahu Ayat Berdasarkan Modul Formula Pola Ayat Dalam Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Pendidikan’.

Di samping itu katanya lagi, ia turut menerima beberapa pengiktirafan antaranya, Gold Award Inteligensia 2019 dari Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS); Gold Award (IIDEX) Universiti Teknologi MARA (UiTM) (2019), dan Gold Award Ilec dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun yang sama.

Menurut kenyataan itu, produk itu turut menerima penghargaan Gold Award The International Invention, Innovation, and Technology Exhibition (ITEX -2020) serta Gold Award SEMPENA International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning PECIPTA (2022) .

“Kemenangan itu menunjukkan perakuan penting terhadap keberkesanan produk dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.

“Kami merancang untuk menyebarkan penggunaan produk inovatif ini ke sekolah-sekolah di seluruh negara, sekali gus menjadikannya sebagai satu aset penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPSI, Prof Suriani Abu Bakar berharap agar inovasi menarik dan kecemerlangan ketiga-tiga penyelidik itu dapat memberi impak yang besar dalam meningkatkan taraf pendidikan di negara ini

“UPSI menjadi rujukan pelbagai pihak terutamanya dalam hal berkaitan penyelidikan dalam bidang pendidikan, berikutan memiliki barisan pakar yang ramai dan kemudahan yang lengkap,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jelajah Semarak Ramadan: Zambry santuni 700 warga UPSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI