Penuntut IPT antara empat didakwa rogol, amang seksual remaja 14, 15 tahun

IPOH – Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) antara empat yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 14 dan 15 tahun, November tahun lalu.

Tertuduh, Norarisman Salleh, 27; Muhammad Alif Muhammad Zamhari, 23; Muhamad Ikqwanniezam Abdullah, 24, dan Muhammad Fariq Fadzilan, 30, mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan selepas pertuduhan sama yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut pertuduhan, Norarisman, Muhamad Ikqwanniezam dan Muhammad Fariq didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah bilik sewa di Jalan Besar Kampung Baru Mambang Diawan antara jam 3.30 petang hingga 10.30 malam, awal November 2023.

Sehubungan itu, pekerja kilang, pengawal keselamatan dan penganggur tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sementara itu, pelajar IPT, Muhammad Alif, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama dengan menyentuh kemaluan manakala Norarisman pula menyentuh kedua-dua payudara sorang lagi mangsa berusia 15 tahun di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

Penuntut IPT antara empat didakwa rogol, amang seksual remaja 14, 15 tahun
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 14 dan 15 tahun di Mambang Diawan, Kampar, November tahun lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 MAC 2024.

Berikutan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(c) Akta Kesalahan -Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu’aini Khalifah manakala Norarisman diwakili peguam, V Santhiran, Muhammad Alif (Syahrul Nizam Mohd Rabi), Muhamad Ikqwanniezam (Manal Hayati Mohd Ariff) dan Muhammad Fariq (Syamil Haidhar Abdul Jalil Alwi).

Terdahulu, Qurratu’aini tidak menawarkan sebarang jaminan namun kesemua tertuduh yang diwakili peguam masing-masing memohon supaya jaminan minimum diberikan terhadap anak guam mereka.

Norita membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan pengadu sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 8 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi Norarisman, Muhamad Ikqwanniezam dan Muhammad Fariq manakala bagi kes Muhammad Alif adalah pada 10 Mei ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pekerja kontrak mengaku tidak bersalah amang seksual anak yatim piatu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI