Video tular aksi bahaya: Polis kesan pemandu, penumpang Perodua Alza

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan pemandu dan penumpang Perodua Alza susulan video tular aksi seorang penumpang mengeluarkan sebahagian badannya melalui tingkap belakang kenderaan itu yang sedang bergerak di Lebuhraya Kajang-Seremban.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata video berdurasi 12 saat itu tular di aplikasi Threads hari ini, dan kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 1 lebuh raya berkenaan menghala ke Kajang.

“Kita menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.57 petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan perbuatan secara cuai atau gopoh sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-2966 7474.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI