Lempar bom petrol KK Mart Bidor: Tujuh saksi tampil beri keterangan

TAPAH – Polis telah memanggil tujuh saksi bagi memberi keterangan berhubung kes lempar bom petrol yang berlaku di kedai serbaneka KK Mart dekat Bidor, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, saksi yang dipanggil terdiri daripada pekerja dan orang awam.

Menurutnya, mereka dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan khianat.

“Kita telah merakam percakapan tujuh individu membabitkan pekerja premis dan orang awam namun tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini tiada bukti lain ditemui di lokasi selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di premis berkenaan bagi membantu siasatan.

“Justeru, kita mengadakan rondaan dan kawalan yang lebih ketat di sekitar kawasan berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang,” jelasnya.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kawalan dan rondaan lebih ketat dilakukan di lokasi kejadian bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pekerja wanita di kedai serbaneka tersebut mendengar bunyi botol pecah di hadapan kedai pada jam 5.35 pagi dalam kejadian 26 Mac lalu.

Pekerja terbabit terus ke bahagian hadapan kedai dan mendapati serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun berada di atas lantai kedai. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis buru individu baling molotov cocktail di KK Mart Bidor

KK Mart Bidor dibaling bom petrol: Tiada tangkapan setakat ini – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI