Selisih faham pesta mainan: ‘Kelvin Lim’ diminta tampil

TAIPING – Polis meminta pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama profil ‘Kelvin Lim’ tampil bagi membantu siasatan video tular berhubung kejadian perselisihan faham di sebuah pesta mainan di Simpang, di sini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, orang awam yang berada di lokasi kejadian turut diminta tampil ke balai polis bagi memberi keterangan.

Menurut beliau, pihaknya telah mengesan sebuah video berdurasi satu minit dua saat berhubung insiden berkenaan yang tular di laman sosial Facebook sekitar jam 8 pagi pada Jumaat

“Video tersebut memaparkan seorang lelaki berselisih faham dengan pekerja di pesta mainan ekoran isteri serta anaknya terjatuh daripada alat permainan di kawasan berkenaan.

“Berikutan itu, kita meminta orang awam yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan di bawah Seksyan 323/427 Kanun Keseksaan memandangkan terdapat perlakuan jenayah di dalam video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Beliau menyeru kepada masyarakat di sekitar Taiping khususnya untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam.

“Setiap perlakuan jenayah pastinya akan menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat setempat.

“Sehubungan itu, kita akan mengambil langkah yang proaktif bagi memastikan Taiping aman damai, selamat untuk didiami dan dilawati,” ujarnya.

Terdahulu, video tular itu memaparkan kejadian seorang wanita bersama anaknya jatuh daripada kerusi alat permainan tersebut yang dipercayai rosak sehingga menyebabkan kepala wanita dan bibir bayi itu cedera.

Turut kelihatan seorang lelaki didakwa suami kepada wanita berkenaan dipercayai mengasari pekerja yang didakwa mengendalikan alat permainan tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Video pertengkaran tular: Polis terima laporan dari suami, isteri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI